Sunday 19 May 2013

TUN SRI LANANG


  • Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad. Dilahirkan di Johor.
  • Beliau berketurunan Bendahara Melaka dan Johor iaitu anak kepada Paduka Temenggung Ahmad.
  • Beliau menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570-1579).
Pemikiran Tun Sri Lanang Dalam Karya
Tun Sri Lanang merupakan tokoh kesusasteraan yang terulung pada suatu ketika dahulu. Karya teragung beliau ialah Sulalatus Salatin memuatkan pemikiran beliau yang kreatif sejajar dengan kehidupan pada zaman tersebut.Antara falsafah yang ditonjolkan dalam karya beliau ialah:
1.   Ketaatan
  • Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah menunjukkan ketaatan kepada sultan sehingga rela menerima hukuman bunuh dari sultan setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpun beliau tidak bersalah.
  • Baginda Paduka Raja dikatakan taat kepada sultan malah akur dan tidak memprotes apabila anaknya Tun Besar, dibunuh oleh anak sultan kerana bola sepak raganya terkena destar anaknda sultan lalu terjatuh ke tanah.

2.  Waad


  •    Dalam konsep waad, dengan jelas menetapkan bahawa golongan rakyat dikehendaki taat setia dan patuh kepada raja, walaupun raja bersikap zalim dan kejam. Ini secara tidak langsung mewujudkan suatu konsep lain iaitu konsep "daulat". "tulah” serta konsep "derhaka". Konsep daulat, tulah, dan derhaka merupakan aspek panting yang mendasari konsep negeri beraja.
  •     Dalam Sulalatus Salatin ada menyebut kisah penderhakaan terhadap raja oleh rakyat jelata. Peristiwa penderhakaan pertama dilakukan oleh Sang Rajuna Tapa yang berpunca dari Raja Iskandar Syah, iaitu raja Singapura yang terakhir telah termakan fitnah oleh gundik raja yang lain. Raja Iskandar Syah telah menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa apabila anak perempuan 
3. Keadilan
  • Sultan Muzaffar Syah mewujudkan undang-undang untuk mengelakkan menteri melakukan kesilapan. Ganjaran kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyak yang ditonjolkan mengenai sikap raja yang adil.

4. Keberanian
  • Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah dan menakluk negeri lain untuk meluaskan pengaruh jajahannya.
  • Kitab ini banyak menonjolkan ketokohan dan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang sangat hebat.

Bibliografi


A Samad Ahmad, 2006. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html



No comments:

Post a Comment