Tuesday 21 May 2013

Seni Retorik dan Gaya Bahasa


  • Retorik iaitu seni penggunaan bahasa yang indah dan menarik untuk memaklumkan, memujuk dan mempengaruhi pemikiran pembaca atau pendengar memainkan peranan penting dalam iklan.
  • Retorik Penceritaan atau naratif ialah suatu bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan. dalam bentuk penulisan, retorik ini meliputi pelbagai jenis seperti cerpen, novel,drama, biografi dll.
  • Retorik melibatkan seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea yang menarik dan berkesan  dengan tujuan untuk memujuk, mempengaruhi, meyakinkan pembaca / pendengar tentang sesuatu perkara (Nik Safiah & Wan Malini).
  • Retorik (bahasa Greek: ῥήτωρ; rhêtôr, pemidato, guru) merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik dijadikan satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik (iaitu yang didefinisikan di atas) berbeza dengan retorik komtemporari yang turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual.
  • Retorik klasik diajar dalam sastera liberal asal dan tergolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian tatabahasa menekankan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam pengkajian dan kritikan karya sastera. Logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baru melalui proses soal dan jawab. Manakala retorik menekanan kaedah memujuk dalam tempat awam dan politik, seperti Dewan Perhimpunan atau Mahkamah. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan politik.
  • Konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik, undang-undang, hubungan awam, melobi, pemasaran dan pengiklanan kepada bidang lain seperti kemanusiaan, agama, sains sosial, kewartawanan, sejarah ,kesusasteraan, kartografi dan seni bina.
  • Menurut Kamus Dewan edisi ke-3 mendefinisikan retorik (rétorik) sebagai kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan iaitu seni yang menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, iaitu suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato, bahasa yg dibuat-buat atau dibesar-besarkan, bahasa retorik.
  • Manakala menurut Dr. Abu Hassan pula, menyatakan maksud retorik sebagai satu gaya seni penulisan secara berkesan yang bertujuan untuk mempengaruhi khalayak iaitu individu yang berada di persekitarannya. Retorik juga dikatakan sebagai keindahan seni lisan dan penulisan serta merupakan suatu seni propaganda yang digunakan oleh seseorang individu bagi tujuan memujuk. Retorik sebagai seni propaganda ini biasanya digunakan oleh ahli-ahli politik dan banyak digunakan dalam penulisan surat khabar yang berupa iklan untuk tujuan memujuk.
  • Bahasa retorik terbahagi kepada dua iaitu majaz dan skema.


  • Majaz.

Perkataan majaz diambil daripada perkataan arab iaitu Majazi Ar yang bermaksud hanya sebagai kiasan atau bukan yang sebenarnya. Dalam konteks bahasa Malaysia pula perkataan majaz bermaksud memindahkan perkataan hakiki dan dapat difahami dengan adanya petunjuk. Majaz dilaksanakan menggunakan dua bentuk strategi iaitu majaz yang difahami dengan akal dan majaz yang difahami dengan lafaz atau pengucapan. Perkataan majaz juga disebut sebagai suatu gaya seni penulisan retorik yang dinyatakan dalam bentuk yang tersirat atau terselindung. Ini bermakna majaz ialah suatu bentuk gaya penulisan yang menggunakan berlainan yang memberikan maksud yang berbeza dengan perkataan asal bagi menghasilkan suatu gaya penulisan yang kreatif dan unik. Majaz terbahagi kepada lima kategori iaitu majaz pertauta, majaz perbandingan, majaz ragaman, majaz pertentangan dan majaz melayu.

  • Skema.

Skema merupakan suatu gaya seni penulisan retorik yang dinyatakan dalam bentuk yang tersurat dan mudah difahami. Menurut Kamus Dewan mendefinisikan skema sebagai rajah (rancangan dsb) yang perlu diikuti, rancangan atau garis-garis yang teratur: tatacara pembentukan istilah.Skema dibahagikan kepada lima kategori iaitu skema seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman dan skema hiperbaton.
  1. Skema Seimbang : merujuk kepada perubahan bentuk atau susunan sesuatu perkataan secara seimbang yang menghasilkan kesan makna yang berbeza. Terdapat tiga strategi dalam skema ini iaitu paralelisme, antitesis dan isokolon.
  2. Skema Perulangan : iaitu pengulangan kata atau frasa yang menghasilkan kesan makna, nada, bunyi yang puitis, berirama atau pelbagai. Skema jenis ini memounyai 10 jenis iaitu anafora, epistrop, anadiplosis, poliptoton, epanalepsis, klimaks, asonansi, aliterasi
  3. Skema Pengguguran : penguguran kata hubung atau tanda mekanis. Penggunaan kata hubung yang melebihi kebiasaan yang bertujuan memberikan kesan keunikan dan kepelbagaian gaya bahasa.
  4. Skema Ragaman : merupakan teknik memanipulasi kata atau frasa yang pelbagai dari segi teknik, penyusunan ayat serta kesannya. Terdapat lima jenis iaitu umumkhusus, khusus-umum, abstrak-konkrit, konkrit-abstrak dan enumerasi.
  5. Skema Hiperbaton : iaitu menyatakan diksi atau frasa penting terlebih dahulu sebelum menjelaskan dengan lebih lanjut maksudnya secara ringkas pada frasa berikutnya.


  • Ciri-ciri retorik penceritaan ialah

a.         Retorik bentuk ini mempunyai bahagian pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian,
b.         Gaya bahasa yang digunakan bersifat imajinatif, menggunakan bahasa sastera seperti   imejan, perlambangan, metafora, persenofikasi dll.
c.         Terdapat sedikit kebebasan  tatabagasa kerana bersifat ekspresi.

  • Aspek-aspek
penting dalam retorika; pemerian, pemujukan, penerangan,  penceritaan, pendedahan dan penghujahan.

  • Antara contoh pemimpin dunia yang memiliki retorik mereka yang tersendiri ialah Sukarno, Adolf Hitler, Benitto Musolini, Mahatma Ghandi dan beberapa pemimpin Islam yang dikategorikan sebagai pemidato yang dapat menyampaikan idea, visi atau transformasi kepada rakyat berkesan. Contohnya, kata-kata hikmat Saidina Abu Bakar ketika dilantik menjadi pemimpin umat Islam selepas kemangkatan nabi Muhammad SAW seperti berikut : “saudara-saudara, aku diangkat menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik antara kamu semua. Untuk itu, jika aku berbuat salah luruskan aku. Sifat jujur itu adalah amanah sedangkan penipuan itu adalah pengkhianatan.


1 comment: