Sunday 19 May 2013

ETIMOLOGI MELAYU


Etimologi ialah kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.
  • Zuber Osman yang berpendapat bahawa perkataan “Malaya” merupakan kependekan bagi perkataan hima alaya iaitu “hima” bermaksud tempat dan “hima alaya” bermaksud tempat bersalji. Sehubungan dengan itu, pergunungan Himalaya dikatakan sebagai tempat asal orang Melayu.
  • Pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat, ditemukan perkataan “malayapura” yang bermaksud “kota melayu”  atau “kerajaan melayu”. Dengan itu, dikatakan perkataan Melayu mungkin berasal daripada perkataan Malayapura.
  • Perkataan Melayu juga dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa Kuno iaitu “mlayu” yang bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana. Maksud perkataan “mlayu” ini dikatakan sesuai dengan orang Melayu yang dikatakan berpindah dari Yunan menuju ke kawasan selatan, menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Pulau Sumatera.
  • Menurut Mohd. Dahlan Mansoer pula, beliau berpendapat bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu. Sungai itu dinamakan sedemikian kerana, airnya mengalir dengan amat deras seperti berlari.
  • Menurut Van Der Tuuk, perkataan Melayu itu bererti “menyeberang”, iaitu merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama hindu-buddha kepada Islam.



No comments:

Post a Comment