Sunday 19 May 2013

MUNSYI ABDULLAH


  • Nama sebenar beliau ialah Abdullah Abdul Kadir tetapi lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi.
  • Beliau merupakan antara penduduk Melaka yang sangat dihormati dan dikagumi penjajah ketika itu iaitu Inggeris.
  • Dilahirkan pada tahun 1796 di Kampung Masjid yang juga dikenali sebagai Kampung Pali.
  • Merupakan anak bongsu daripada empat beradik tetapi ketiga-tiga abangnya meninggal dunia ketika kecil.
  • Keturunanya bermula daripada seorang Arab Yaman, Syeikh Abdul Kadir yang mengembara dari Tanah Arab sehingga ke Nagor, India Selatan dan berkahwin dengan gadis tempatan serta menetap di tanah asing itu.
  • Bermula dari situ, lahir datuk Abdullah iaitu Muhammad Ibrahim yang meneruskan tradisi bapanya mengembara sehingga tiba di Melaka. Kemudian datuk Abdullah berkahwin dengan gadis dikenali Peri Achi dan kemudiannya lahirlah bapa Abdullah iaitu Abdul Kadir.
  • Bapa Abdullah merupakan seorang khatib di kampong Lobok Kepong kerana kemahiran yang dimilikinya dalam bidang al-quran, bahasa Tamil dan arab serta ilmu matematik.
  • Bapa Abdullah mengahwini seorang gadis pada tahun 1794 yang bernama Salamah yang berketurunan Hindu dari Kedah dan kemudiannya lahirlah Abdullah Munsyi.
  • Semangat cintakan ilmu disemai ke dalam jiwa Abdullah sejak beliau kecil lagi.
  • Permainan Abdullah semasa kecil ialah kalam dan papan tulis.
  • Bapa Abdullah kurang memuji Abdullah walaupun kerap berbangga dengan pencapaiannya kerana beranggapan pujian akan merosakkan si anak.
  • Hasil didikan itu menyebabkan Abdullah menjadi pintar dan kreatif berbanding kanak-kanak lain.
  • Gelaran “Munsyi” yang bermaksud guru sudah diterima ketika beliau berusia 11 tahun kerana ketika itu beliau telah menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada askar Islam Melaka.
  • Beliau adalah seorang yang gigih belajar. Dia tidak mengira siapa atau asal usul gurunya asalkan beliau dapat menuntut sesuatu ilmu baharu.
  • Beliau turut mempelajari bahasa Tamil, Arab dan Inggeris selain bahasa Melayu.
  • Abdullah dilantik sebagai juru tulis dan penterjemahnya semasa Stamford Raffles datang ke Melaka.
  • Semasa berusia 27 tahun, beliau mengajar bahasa Melayu kepada paderi Inggeris iaitu Milne dan beliau mempelajari bahasa Inggeris daripada lelaki asing itu.
  • Beliau turut mempelajari bahasa Cina dari Doktor Marrison
  • Beliau mendirikan rumah tanggan ketika berusia 34 tahun.
  • Menurut Dr. Hanapi, antara gagasan Abdullah pada abad ke-18 yang didapati masih kekal sehingga kini ialah :
  • Pemodenan – Gagasan kemodenan Abdullah bertitik tolatk daripada pengalamannya yang melihat kemajuan yang dicapai Inggeris ketika itu. Bagaimanapun, kemodenan itu disesuaikan dengan acuannya sendiri yang masih mengekalkan kepentingan Islam dalam menguruskan kehidupan.
  • Ilmu pengetahuan – Pembentukan bangsa berilmu dan kepentingan menuntut ilmu menjadi gagasan yang ditimbulkan secara terus menerus sama ada menerusi kisahnya atau tulisannya. Pada pandangan beliau, ilmu adalah asas kehidupan dan menjana peradaban.
  • Adat dan kepercayaan – Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama kepercayaan karut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang masyarakat pada zamannya.
  • Ekonomi – Catatannya mengenai ekonomi jelas menerusi sejarah kehidupan diri dan keluarganya di Melaka yang sememangnya terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa ketika itu.
  • Keadilan – Abdullah mempertikai konsep perbezaan taraf di dalam amalan sistem masyarakat Melayu ketika itu yang membolehkan kalangan kelas bangsawan berbuat apa sahaja kepada kelas bawahan, rakyat ibarat hamba kepada golongan bangsawan.
  • Feminisme – Sebelum wanita memperjuangkan hak feminisme, Abdullah terlebih dahulu membicarakan hal ini lewat penulisannya yang antara lain membidas sikap lelaki malas sehingga menyebabkan tanggungjawab lelaki dan suami di ajar Islam dialakukan oleh wanita.

No comments:

Post a Comment