Tuesday 21 May 2013

FALSAFAH BERSUMBERKAN MELAYU.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007:406 falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Etimologinya pula, perkataan ini berasal daripada Yunani berdasarkan perkataan philosophia yang bererti cinta akan kebijaksanaan. Falsafah bersumberkan melayu lebih kepada nilai melayu yang terdapat dalam sesebuah karya agung tersebut. Dalam karya Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, banyak terakam sejarah dan asal usul adat istiadat Kesultanan Melayu masa silam.

Jenis-jenis adat di istana.
Ø  Adat mengadap raja di balairung.
Adat ini merupakan perkara yang wajib dilakukan ketika mengadap Sultan. Malahan, sehingga sekarang juga adat ini masih diteruskan walaupun tidak semuanya sama dengan yang dahulu. Hal ini demikian kerana, Sultan di anggap orang yang paling mulia, oleh itu sesiapa yang ingin mengadap Sultan haruslah mengetahui tentang adat-adat yang telah ditetapkan.
Ø  Adat menyambut kedatangan utusan kerajaan dari luar.
Dalam adat ini, pihak yang lebih berkuasa akan dihormati. Dengan itu, untuk menyambut utusannya akan di buat secara besar-besaran. Malahan, pihak tersebut juga berkemungkinan mempunyai kekuasaan yang amat kuat dan terpengaruh di rantau tersebut. Dengan itu, jika tidak menyambutnya dengan cara yang terhormat, berkemungkinan akan memberi kesan kepada sesebuah kerajaan kelak.

Pantang larang dalam adat istiadat di istana.
Ø  Larangan memakai barangan berwarna kuning.
Orang-orang kebanyakkan di larang memakai sapu tangan, tepi tabir dan bantal besar yang berwarna kuning. Kain baju, destar yang berwarna kuning boleh dipakai sekiranya di anugerahkan oleh raja. Hal ini demikian kerana, warna kuning dan putih merupakan warna di raja. Oleh itu, orang kebanyakkan di larang memakai kecuali ketika mendapat undangan yang berkaitan dengan istana. Namun, pada masa sekarang telah ramai orang kebanyakkan yang memakai baju berwarna kuning atau putih biarpun tidak mendapat undangan untuk ke istana. Walau bagaimanapun, mereka tetap menghormati warna kuning dan putih kerana warna tersebut merupakan warna rasmi untuk istana.
Ø  Larangan bertengkolok dan berbaju sarung.
Pada zaman pemerintahan sultan dahulu, rakyat biasa tidak dibenarkan memakai baju sarung dan bertengkolok pada hari perkahwinan kecuali apabila dikurniakan oleh raja. Sekiranya adat ini tidak dipatuhi, rakyat tersebut akan dikenakan hukuman denda. Pemakaian baju sarung dan bertengkolok tidak dibenarkan kerana pakaian tersebut merupakan pakaian sultan ataupun pembesar-pembesar di istana. Oleh itu, jika rakyat memakai pakaian tersebut berkemungkinan ia di anggap menghina pakaian kaum kerabat istana dan mungkin di anggap setaraf dengan rakyat biasa.
Ø  Larangan berkelakuan biadap terhadap raja dan pembesar.
Rakyat mesti menghormati raja dan pembesar. Hal ini demikian kerana, raja dan pembesar merupakan orang yang penting dalam mentadbir sesebuah Negara. Keamanan dan kemakmuran sesebuah Negara merupakan hasil daripada kerja keras dan pentadbiran yang sistematik daripada raja dan pembesar. Dengan itu, sesiapa yang ingkar akan larangan adat tersebut akan di jatuhkan hukuman bunuh. Hal ini dapat di lihat dalam Sejarah Melayu tentang Perpatih Hitam yang cuba dibunuh oleh Laksaman kerana menguis tikar di hadapan bendahara.
Ø  Larangan menyebarkan fitnah.
Perbuatan menyebarkan fitnah adalah berdosa besar. Malah akan menyebabkan orang yang tidak bersalah teraniaya dan menerima hukuman. Hukuman bunuh akan diberikan kepada mereka yang menyebarkan fitnah. Contohnya dalam buku Sejarah Melayu, Raja Mandaliar dan Kitul dijatuhkan hukuman bunuh kerana mereka bertanggungjawab menyebarkan fitnah.
Sering kita dengar “menfitnah itu lebih kejam daripada membunuh”. Oleh itu, hukuman bagi orang yang menfitnah adalah setimpal dengan hukuman bunuh. Pada masa dahulu, kita sering terbaca tentang perangai pembesar-pembesar  atau rakyat jelata yang suka menyebarkan fitnah untuk kepentingan diri mereka sendiri. Oleh itu, jika tidak dikenakan hukuman mereka akan terus menyebarkan fitnah.
Ø  Larangan menderhaka.
Rakyat tidak boleh sesekali menderhaka kepada raja. Sekiranya menderhaka, mereka akan dikenakan hukuman bunuh. Contohnya ialah hukuman bunuh ke atas bendahara Seri Maharaja serta seluruh ahli keluarganya kecuali Tun Fatimah kerana dikatakan bendahara sedang merancang untuk merampas kuasa atau cuba mencabar hak kedudukan raja. Jika, pada zaman pemerintahan kerajaan Melaka dahulu, kita sering mendengar rakyat atau pembesar yang menderhaka kepada raja akan terkena tulah. Hal ini demikian kerana, pada ketika itu, kuasa raja amat di pandang tinggi oleh semua golongan. Mereka yang tidak menghormati raja akan di anggap menderhaka.

No comments:

Post a Comment