Monday 20 May 2013

ABDUL SAMAD AL-FALAMBANI



  • Syeikh Al-Falimbani atau nama sebenarnya iaitu Syeikh Abdul Samad bin Abdullah al-Jawi al- Falimbani atau disebut juga sebagai Sayyid Abdul Samad bin Abdul Rahman al-Jawi, dilahirkan pada 1116H/1704 di Palembang.
  • Bapa beliau, Syeikh  Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani berketurunan Arab dari Yaman pernah dilantik menjadi Mufti Kedah pada awal abad ke-18.
  • Ibu beliau iaitu Raden Rianti berasal dari Palembang.
  • Beliau mendapat didikan awal daripada bapanya sendiri dan belajar agama di Kedah dan Patani.
  • Beliau menyambung pelajarannya di Makkah dan Madinah selama 30 tahun dan menjadi sahabat kepada Muhammad Arsyad Al-Banjari, Abdul Wahab Bugis, Abdul Rahman Al-Batawi serta Daud Al-Fatani yang kesemuanya menjadu ulama Nusantara.
  • Beliau lebih cenderung kepada ilmu tasawuf semasa belajar di Makkah dan Madinah sehinggakan sanggup mencari guru lain dan membaca kitab-kitab tasawuf yang tidak diajarkan oleh gurunya.
  • Beliau juga pernah belajar ilmu Tarekat Khalwatiyyah dan Sammaniyah di Madinah daripada Syeikh Muhammad Al-Samman pada 1162H/1749M.
  • Beliau turut diberi kepercayaan untuk mengajar murid-murid Al-Sammani dan berketurunan Arab Asli.
  • Semasa beliau di Haramyn, hasil-hasil karyanya banyak mengajak umat Islam berjihad melawan penjajah Eropah di samping menyebarkan ajaran-ajaran sufisme.
  • Menerusi dakwah Islamiyah, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak tersesat dengan berbagai-bagai fahaman sesat yang menyimpang daripada ajaran tasawuf sehingga mengabaikan syariat.
  • Dalam menangani kolonialisme barat, beliau telah menulis kitab Nasihah al-Muslimin wa Tazkirah al-Mu’min fi Fadail Jihad fi Sabilillah demi meniupkan semangat jihad kepada umat Islam di seluruh dunia.
  • Karya terbesar beliau iaitu Sayr al-Salikin ila Ibadat Rabb al-‘Alamin yang siap ditulis pada 1778 di Taif memeuatkan terjemahan Lubab Ihya’ Ulum al-Din karya Al-Ghazali.
  • Beliau turut menghasilkan karya berkaitan ajaran tasawuf yang memusatkan kepada pencapaian makrifah kesufian melalui pembersihan batin dan penghayatan ibadah menurut syariat Islam.
  • Transformasi pendekatan tasawuf Syeikh al-Falimbani lebih menekankan hal-hal berkaitan penyucian fikiran dan perilaku sosial.
  • Beliau turut memberi penekanan berkaitan aspek syariat dan tasawuf sebagai salah satu maqam (tempat) tertinggi dan hala tuju seorang sufi.
  • Beliau menjelaskan empat tingkat tauhid seperti yang dikemukakan oleh Al-Ghazali.
  • Martabat 1 – Tauhid orang munafik yang menguccapkan kalimah syahadah tetapi hatinya lalai dan mengingkari makna kalimah itu.
  • Martabat 2 – Tauhid kebanyakan orang yang membenarkan kalimah syahadah.
  • Martabat 3 – Maqam tempat orang muqarrabin yang belajar ilmu tarekat supaya dapat memandang dengan hati akan keesaan Allah.
  • Martabat 4 – Tauhid orang siddiqin ‘arifin yang melihat hanya zat Allah yang dicapai oleh ahli sufi.
  • Beliau turut berjuang menentang siam pada 1832, sehingga terkorban.
  • Makamnya berada di Mukim Jenuang, Chanaa, berhampiran Pondok Bantrap.                                                                      


                                                                            

No comments:

Post a Comment