Sunday 19 May 2013

TAKRIF MELAYU

  • M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxsis.
  • Gerini pula mengatakan, istilah Melayu ini diambil daripada kata bahasa Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu merujuk kepada suatu tempat di utara pantai semenanjung Malaysia.
  • Perkataan Melayu juga dapat dikesan dalam sebuah kitab hindu purba yang berjudul Purana. Dalam kitab tersebut, terdapat perkataan Malaya Dvipa yang merujuk kepada Pulau Sumatera iaitu yang merupakan tempat asal orang Melayu.
  • Perkataan Melayu juga ditemukan dalam tulisan China yang ditulis antara tahun 644 dan 645 masihi iaitu pada zaman Dinasti Tang. Dalam tulisan tersebut, ada menyatakan bahawa orang mo-lo-yue mengirimkan utusan ke Negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
  • Para penyelidik percaya bahawa kerajaan mo-lo-yue yang dimaksudkan itu berpusat di daerah Jambi, Sumatera.
  •  I-Tsing menggunakan perkataan mo-lo-yu pada dua buah kerajaan di Sumatera yang dilawatinya pada tahun 675 masihi. Kerajaan itu ialah kerajan Melayu yang berpangkalan di Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang
  •  Menurut pengembara China yang singgah di Nusantara, bahasa yang dituturkan di Sriwijaya ialah bahasa k’un-lun. Bahasa k’un-lun ini bukan sahaja dituturkan oleh penduduk tempatan, malah turut dipelajari oleh orang asing untuk memudahkan mereka berkomunikasi. Dengan itu, para penyelidik percaya bahawa bahasa k’un-lun itu merujuk kepada bahasa Melayu kuno.
  • Perkataan Melayu juga turut ditemukan tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang bertarikh 1286 M yang ditemukan di Padang Rocore di Sungai Batanghari, Sumatera Selatan.


Secara kesimpulan takrif Melayu boleh dibahagikan kepada dua pengertian iaitu:
  1. Pengertian luas
  2.   Pengertian sempit

Pengertian luas
  • Istilah melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu.
  • Konsep Melayu juga merujuk kepada satu bangsa di Semenanjung Tanah Melayu termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
  • Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat laian di Nusantara.


Pengertian sempit
  • Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti boleh berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam. Manakala, tafsiran mengikut pengertian suku bangsa pula lebih berdasarkan kepada etnik.




No comments:

Post a Comment