Sunday 19 May 2013

ASAL-USUL MELAYU


Terdapat  dua teori utama asal usul kedatangan orang Melayu:
  •  Asia tengah
  • Nusantara

Asia Tengah
  • Menurut hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan. Mereka dikatakan berasal dari selatan China. Tempat-tempat yang diketengahkan oleh para penyelidik termasuklah daerah Yunan di selatan China, Assam di Burma, dan Campa di selatan Indo-Chin.
  • J.H.C Kern (dalam buku Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain 2006) menyatakan bahawa penduduk di Kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, Burma. Terdapat persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku di Assam seperti suku Naga di India yang mempunyai persamaan dari segi adat resam dan kebudayaan seperti percaya kepada semangat, kepercayaan berkaitan dengan pertanian, adat makan sireh, adat kelahiran bayi dan lain-lain.
  • Terdapat juga persamaan dari segi alat perkakas dan peralatan seperti kapak batu, kapak bersegi bujur, tulang mawas dan beberapa hasil kerja tangan seperti tembikar, pasu, tempayan dan lain-lain.
  • Bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah dan kemudiannya berpindah menuju ke selatan melalui pelbagai laluan. Perpindahan ini berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu dikenali sebagai Melayu Proto dan Melayu Deutro.


Nusantara
  • Bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai keakraban iaitu mirip induk bahasa Austronesia. C.A Mees mendapati bahawa bahasa-bahasa daripada rumpun Austranesia mempunyai persamaan yang banyak dar segi perkataan, system imbuhan dan susunan tatabahasa. Contohnya perkataan mata, lima dan telinga yang sering timbul dalam bahasa-bahasa tersebut.
  • Kajian Williams Marsden menunjukkan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mekanesia, Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada indukbahasa Austronesia. Kekerabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalambahasa-bahasa di Asia Tengah. Oleh hal yang demikian, asal nenek moyang bagi bahasa Melayu bukan dari Asia Tengah. 
  • Tengkorak manusia menunjukan usia tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak yang ditemukan di Asia Tengah. Hal ini terbukti, Mojokerta dan Pithecanthropus Trinilyang masing-masing berusia kira-kira 670 000Â tahun dan 600 000Â tahun berbanding dengan Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking) yang ditemukan di China hanya berusia kira-kira 550 000 tahun.

No comments:

Post a Comment