Sunday 19 May 2013

SYAMSUDDIN AL SUMATERANI


  • Syamsuddin al-Sumatrani merupakan salah seorang ahli sufi Nusantara.
  • Beliau juga sering disebut Syamsuddin Pasai.
  • Nama sebenar beliau ialah Al Syeikh Syamsuddin Ibn Abdullah al Sumaterani.
  • Beliau berasal dari Sumatera. Pada masa itu, Sumatera dikenali sebagai Samudra Pasai. Syamsuddin menjadi Mufi besar Aceh semasa zaman pemerintahan Sultan Aluddin Riayat Syah Sayyid al-Mukammil (1589-1604).
  • Beliau juga terkenal sebagai salah seorang pendokong kuat fahaman martabat 7.
  • Menurut Nuruddin ar-Raniri, Syamsuddin telah wafat pada malam isnin 12 rejab 1039H/1630M.
  • Makamnya dikatakan terletak di kampung Ketek atau dikenali dengan nama kampung Pali.
  • Antara karya yang ditulis oleh Syamsuddin ialah Jawhar al-Haqa’iq, Mir’at al-Mu’minin, Mir’at al-Iman atau Kitab Bahr al-Nur, dan banyak lagi.
  • Syamsuddin merupakan anak murid kepada Hamzah Fansuri. Pandangan ini diperkuat dengan bukti yang terdapat dalam dua karya tulisan Syamsuddin yang merupakan ulasan terhadap pengajaran Hamzah Fansuri.
  • Beliau merupakan penganut fahaman Wahdat al-Wujud dan dikenali sebagai salah satu tokoh terkemuka kaum Wujudiyyah yang terdapat di Aceh. Beliau mengatakan bahawa tidak ada sesuatu pun dalam wujud kecuali tuhan.
  • Apa jua perkara yang ditulis oleh Syamsuddin al-Sumaterani ini, adalah senada dan seirama dengan fahaman dan tulisan Hamzah Fansuri.
  • Perbezaanya, hanya terdapat dalam fahaman tentang martabat. Dalam proses penciptaan, Hamzah Fansuri hanya membahagikan kepada lima proses, tetapi Syamsuddin mengemabangkannya menjadi tujuh martabat.
  • Pemikiran tasawufnya yang berkaitan dengan tuhan dan alam adalah tentang martabat tujuh. Martabat pertama ialah Ahadiyyah iaitu hakikat Allah ataupun zat Allah.
  • Martabat kedua adalah Wahdah iaitu hakikat Muhammad, sifat Allah.
  • Martabat yang ketiga pula ialah Wahidiyyah ataupun hakikat insan.
  •  Martabat yang keempat ialah alam arwah iaitu hakikat segala nyawa.
  •  Martabat yang ke lima pula ialah, alam Mitsal yang merupakan martabat atau hakikat segla rupa.
  • Martabat yang keenam ialah alam Ajsam iaitu hakikat segala tubuh.
  • Martabat yang terkahir ialah martabat alam insan iaitu hakikat segala manusia.
  • Professor Dr. Abdul Aziz Dahlan berpendapat bahawa tiga martabat yang pertama adalah qadim (dahulu tanpa permulaan) dan baqa (kekal tanpa kesudahan). Sedangkan empat martabat yang berikutnya disebut Muhdats iaitu yang dijadikan atau diciptakan kerana itulah istilah alam tidak digunakan untuk tiga martabat pertama, tetapi jelas digunakan untuk empat martabat yang berikutnya.

Bibliografi


http://daqoiqul.blogspot.com/2012/04/syaikh/syamsuddin-al-sumaterani.html

http://tamanulama.blogspot.com/2008/08/syeikh-syamsuddin-as-sumatrani-ulama.html

http://www.sufinews.com/index.php/Tokoh-Sufi/syamsuddin-sumatrani.sufi



No comments:

Post a Comment