ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PENGARANG
Hikayat Merong Mahawangsa Hikayat Merong
Mahawangsa merupakan salah satu karya agung yang meninggalkan kesan yang
mendalam sehingga ke hari ini. Hikayat ini banyak menceritakan tentang sejarah
perkaitan negeri Kedah dengan Siam. Pemerintahan oleh negeri Kedah kepada Siam
apabila Raja Seri Mahawangsa (Raja Kedah yang ketiga) mendapat berita kekanda
sulungnya Raja Siam mendapat putera. Terus raja Kedah memerintahkan supaya
tradisi menghantar bunga emas itu diteruskan hingga ke akhir zaman setiap kali
mendapat putera.
MEMBICARAKAN KARYA AGUNG
Sebelum kedatangan Islam, agama Hindu atau Buddha
telah lama bertapak di dalam kehidupan masyarakat di Kepulauan Melayu.Kedatangan Islam dikatakan telah memantapkan
keseluruhan pandangan Semesta Melayu. Kedatangan Islam telah memberi impak yang
besar dalam kehidupan masyarakat Melayu termasuklah dari segi budaya, amalan
dan kepercayaan.
Nilai-nilai
yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai agama
Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat
dalam agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu
seperti peribahasa, perumpamaan dan pepatah-pepatih.
- Kepercayaan kepada Allah S.W.T
Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai
segala-gala raja-raja…dalam empat perkara ini hendaklah jangan sekali-kali
ditentukan, jikalau tiada dengan dengan janji daripada Tuhan alam. Pertama
rezeki, …keempat, perkara perceraian yang sudah sampai waktu, saat harinya,
tiada akan dapat hendak menantikan esok harinya, tiadalah boleh, melainkan
dengan sekaliannya itu pun dengan janji-Nya jua.”
(Hikayat
Merong Mahawangsa, hlm 23)
Pada
mulanya burung geroda ingin menghalang rombongan untuk menyatukan puteri raja
Benua China dengan anak raja Rom. Burung geroda menyerang bahtera yang membawa
anak raja Rom sehingga hancur. Walaupun berbagai dugaan yang menimpa anak raja
Rom namun akhirnya mereka dapat disatukan jua. Nabi Allah Sulaiman menasihati
para pengikutnya berkenaan empat perkara dalam Islam yang tidak dapat diubah
kerana telah ditentukan oleh Allah S.W.T. iaitu rezeki, perkara yang memutuskan
rezeki, jodoh dan pertemuan dan perceraian yakni kematian.
2.Ketaatan kepada raja dan pemimpin.
Menghormati
raja dan pemimpin merupakan perilaku atau perkara yang sudah diamalkan sejak
dahulu lagi sehinggalah sekarang. Sehinggakan, sesiapa yang ingkar akan
perintah raja akan dikenakan tulah iaitu kehidupan mereka akan sengsara atau
mendapat nasib yang buruk.
Maka sembah Raja Merong Mahawangsa,
“ Baiklah, tuanku, barang yang dititahkan itu patik kerjakan, tuanku.”
(Hikayat
Merong Mahawangsa, hlm 7)
Menghormati ibu bapa
dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat
istimewa serta tinggi sekali sehinggakan ibu bapa adalah yang kedua perlu
dihormati selepas yang Maha Pencipta. Raja Merong Mahapudisat digambarkan
sebagai seorang yang taat kepada perintah ayahnya, Raja Merong Mahawangsa untuk
menempatkan anak-anaknya di beberapa buah tempat supaya dapat mendirikan
kerajaan baru. Perkara ini dapat dilihat pada halaman 37.
Setelah didengar oleh Raja Merong
Mahapudisatn sembah menteri itu, lalu ia bertitah kepada menterinya, “Jikalau
demikian hendaklah saudara kerahkan segala kaum gergasi himpun sekaliannya dan
panggil … , kita beri ia pergi bersama-sama anak kita…
(Hikayat
Merong Mahawangsa, hlm 37)
Raja Merong
Mahapudisat segera menitahkan pembesarnya untuk menyediakan keperluan serta
askar pengiring untuk anakandanya berhijrah ke tempat lain bagi membuka
penempatan baru. Raja Merong Mahapudisat dilihat sebagai seorang yang sangat
taat kepada perintah ayahandanya. Beliau segera melakukan suruhan ayahandanya
setelah diingatkan oleh pembesarnya.
3. Berpegang teguh kepada adat resam
Masyarakat
Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan hidup
seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuklah pantang-larang dan
adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun.
setelah sudah dibaca surat itu lalu
sama duduk sekaliannya itu berjabat tangan. Maka raja China pun menyorong
puannya sirih persantapan pada Raja Jin Harman Syah, katanya, “Makanlah sirih
hai saudaraku Raja Harman Syah,”serta menyuruh keluar ia itu.
(Hikayat
Merong Mahawangsa, hlm 26)
Sirih dan pinang berperanan penting dalam upacara,
adat resam dan budaya semasa, masyarakat Melayu etika itu. Dalam petikan
di atas adat makan sirih digunakan ketika menyambut tetamu.
4. Memuliakan yang tua
Maka sahut anak
raja Rom itu dengan perlahan-lahan, “ Hai ibuku, bahawa dengan sesungguhnya
beta ini manusia juga. Betalah anak raja Rom, hendak pergi kahwin dengan puteri
anak raja Benua China dengan beberapa buah bahtera…
(Hikayat
Merong Mahawangsa, hlm 16)
Walaupun anak raja Rom dalam keadaan sakit setelah
bahteranya di musnahkan oleh burung geroda, beliau masih lagi mampu mengucapkan
kata-kata yang bersopan kepada Mak Inang. Malahan beliau membahasakan ibu
kepada Mak Inang.
5. Bertimbang rasa
Orang
Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan
Maka mak inang tuan puteri
itu pun terlalulah belas kasihan hatinya mendengarkan hal anak raja Rom itu
lalu ia pun kembali pada tuan puteri persembahkan hal itu sekalianya dengan
suka tertawanya.
(Hikayat Merong
Mahawangsa, hlm 17)
Kesimpulannya, dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang telah dikaji dan
diperkenalkan oleh Siti Hawa Haji Salleh ini banyak mempunyai nilai melayu yang
tersembunyi. Malahan, setiap penulisan sejarah tradisional Melayu, mereka
kebanyakkannya hendak menggambarkan cara
hidup dan pemikiran masyarakat yang melahirkannya dengan jelas. Dalam Hikayat
Merong Mahawangsa ini, banyak memperkatakan tentang nilai melayu yang tinggi
yang ingin disampaikan kepada pembaca agar pembaca dapat mencontohi nilai
tersebut.
ASPEK KEBAHASAAN
Hikayat Merong Mahawangsa dikategorikan dalam prosa berbentuk cerita atau sejarah. Setelah Raja Mahawangsa masuk Islam, pengaruh agama Islam menjadi lebih besar lagi menyelinap ke segenap kehidupan kehidupan rakyat Kedah.Maka tidak hairanlah jika penulisan manuskrip yang digunakan pada abad itu menggunakan aksara Arab-Melayu.
Selain aksara Arab-Melayu, beberapa istilah yang digunakan dalam manuskrip juga memaai nama yang memuatkan simbol-simbol Islam. Penggunaan kata sultan untuk sebutan raja juga merupakan pengaruh dari bahasa Arab.
Hikayat ini juga masih banyak pengaruh bahasa Arab dalam manuskrip ini. Beberapa teks Arab tampak berhampuran dalam setiap teks kalimat-kalimatnya. Ada istilah 'alim' dalam bahasa Melayu bererti orang berilmu. Selain itu terdapat juga istilah seperti fakir, hadzirdan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment