ABDUL SAMAD AL-FALAMBANI
- Syeikh
Al-Falimbani atau nama sebenarnya iaitu Syeikh Abdul Samad bin Abdullah al-Jawi
al- Falimbani atau disebut juga sebagai Sayyid Abdul Samad bin Abdul Rahman
al-Jawi, dilahirkan pada 1116H/1704 di Palembang.
- Bapa
beliau, Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh
Ahmad al-Mahdani berketurunan Arab dari Yaman pernah dilantik menjadi Mufti Kedah
pada awal abad ke-18.
- Ibu
beliau iaitu Raden Rianti berasal dari Palembang.
- Beliau
mendapat didikan awal daripada bapanya sendiri dan belajar agama di Kedah dan
Patani.
- Beliau
menyambung pelajarannya di Makkah dan Madinah selama 30 tahun dan menjadi
sahabat kepada Muhammad Arsyad Al-Banjari, Abdul Wahab Bugis, Abdul Rahman
Al-Batawi serta Daud Al-Fatani yang kesemuanya menjadu ulama Nusantara.
- Beliau
lebih cenderung kepada ilmu tasawuf semasa belajar di Makkah dan Madinah
sehinggakan sanggup mencari guru lain dan membaca kitab-kitab tasawuf yang
tidak diajarkan oleh gurunya.
- Beliau
juga pernah belajar ilmu Tarekat Khalwatiyyah dan Sammaniyah di Madinah
daripada Syeikh Muhammad Al-Samman pada 1162H/1749M.
- Beliau
turut diberi kepercayaan untuk mengajar murid-murid Al-Sammani dan berketurunan
Arab Asli.
- Semasa
beliau di Haramyn, hasil-hasil karyanya banyak mengajak umat Islam berjihad
melawan penjajah Eropah di samping menyebarkan ajaran-ajaran sufisme.
- Menerusi
dakwah Islamiyah, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak tersesat dengan
berbagai-bagai fahaman sesat yang menyimpang daripada ajaran tasawuf sehingga
mengabaikan syariat.
- Dalam
menangani kolonialisme barat, beliau telah menulis kitab Nasihah al-Muslimin wa Tazkirah al-Mu’min fi Fadail Jihad fi Sabilillah
demi meniupkan semangat jihad kepada umat Islam di seluruh dunia.
- Karya
terbesar beliau iaitu Sayr al-Salikin ila
Ibadat Rabb al-‘Alamin yang siap ditulis pada 1778 di Taif memeuatkan
terjemahan Lubab Ihya’ Ulum al-Din karya
Al-Ghazali.
- Beliau
turut menghasilkan karya berkaitan ajaran tasawuf yang memusatkan kepada
pencapaian makrifah kesufian melalui pembersihan batin dan penghayatan ibadah
menurut syariat Islam.
- Transformasi
pendekatan tasawuf Syeikh al-Falimbani lebih menekankan hal-hal berkaitan
penyucian fikiran dan perilaku sosial.
- Beliau
turut memberi penekanan berkaitan aspek syariat dan tasawuf sebagai salah satu
maqam (tempat) tertinggi dan hala tuju seorang sufi.
- Beliau
menjelaskan empat tingkat tauhid seperti yang dikemukakan oleh Al-Ghazali.
- Martabat
1 – Tauhid orang munafik yang menguccapkan kalimah syahadah tetapi hatinya
lalai dan mengingkari makna kalimah itu.
- Martabat
2 – Tauhid kebanyakan orang yang membenarkan kalimah syahadah.
- Martabat
3 – Maqam tempat orang muqarrabin yang belajar ilmu tarekat supaya dapat
memandang dengan hati akan keesaan Allah.
- Martabat
4 – Tauhid orang siddiqin ‘arifin yang
melihat hanya zat Allah yang dicapai oleh ahli sufi.
- Beliau
turut berjuang menentang siam pada 1832, sehingga terkorban.
- Makamnya
berada di Mukim Jenuang, Chanaa, berhampiran Pondok Bantrap.

No comments:
Post a Comment